Sabtu, 18 April 2009

Sepulau Sekasih Kita


PERWILA telah mencipta sejarah baru setelah PERWILA akhirnya berjaya buat pertama kalinya menerbitkan naskah antologi puisi sendiri. Percubaan yang mengkagumkan ini telah melahirkan 11 orang penulis yang telah menghasilkan beberapa buah puisi di dalam Antologi Puisi SEPULAU SEKASIH KITA. Antara penulis yang mencipta nama didalam Antologi ini ialah Bintang Syurga, Faten Hamama, Hajah Hasnah Sambas, Haji Othman Mahali, Lia Maisarah, Isma R.H, Norgadis Labuan, Samsa Harris, Suili Bakar ANS, Suardi Ismail dan Yahya Ahmad Puteh.

Antologi Puisi "Sepulau Sekasih Kita" yang memuatkan puisi-puisi indah ini dijual dengan harga RM 15.00 senaskah. Untuk mendapatkannya, bolehlah berhubung dengan AJK PERWILA. Semoga akan datang akan terbit pula antologi Cerpen dari PERWILA.
Salam Sastera.

2 ulasan:

Puteri Mahsuri berkata...

saya amat berpuas hati dengan buku SEPULAU SEKASIH KITA yang diterbitkan oleh PERSATUAN PENULIS W.P LABUAN (PERWILA).Ada beberapa buah sajak yang menarik hati saya...seperti AL-AMIN,ANEHNYA SEORANG LELAKI, TANGISAN ANAK KECIL PALESTIN, dan banyak lagi. Saya berazam untuk jadi ahli PERWILA, walaupun saya terpaksa tunggu 2 tahun lagi...

Norgadis berkata...

2 tahun tidak lama untuk ditunggu apabila kita sibuk dengan berkarya. Terus berkarya, semoga jadi penulis yang berjaya. Sebagai penulis, kita tidak perlu menunggu usia dewasa.
Salam sastera.