Rabu, 27 Mei 2009

Mesyuarat Avon


Mesyuarat pun kena bawa anak, maklumlah surirumah...

Petang tadi kira-kira jam 4.00 petang saya telah menghadiri Mesyuarat Avon Dealar di ruang pejabat Avon Butik WP Labuan. Mesyuarat kali ini menyentuh tentang skin care Total Radiance AM/PM Cream yang akan mula dipasarkan di kempen 11 atau bermula pada 1 June 2009. Cream siang dan malam dalam satu bekas ini amat berguna untuk melindungi kulit siang hari dan memperbaiki kulit pada malam hari, agar kulit lebih sihat dan anggun.

Sempena hari bapa pada bulan June ini, avon juga ada memperkenalkan set haruman, mandian dan After shave conditioner Christian Lacroix Noir dalam bentuk kotak yang menarik dan siap sedia untuk dihadiahkan kepada lelaki yang bergelar bapa.

Selain daripada itu, Avon juga ada menampilkan Body Slimming Wear NANO BAMBOO dalam tiga pilihan iaitu, Aura shape Vest corset, Aura shape Girdle dan Aura shape up bra. Miliki semuanya untuk bentuk badan yang lebih langsing, seksi dan menarik.

Ahad, 24 Mei 2009

Key Chain


Petang ini saya tidak pergi ke mana-mana, cuma pagi tadi saya pergi pasar sekejap, beli sayur dan ikan. Cerita petang tadi... saya sibuk bersama anak sulong saya Athirah membuat key chain. Lebih 20 key chain kami buat bersama. Kebanyakkan telah ditempah untuk hadiah guru, ibu dan kawan.



Isnin, 18 Mei 2009

Selamat Ulang Tahun PERWILA Ke 24 Tahun



Buat Semua Yang Bergelar Guru

16 Mei 2009


Mesyuarat Pertama AJK PERWILA 2009


Masyuarat ini diadakan pada 17 mei 2009, jam 7.30 malam dan dipengerusikan oleh Ketua 1 PERWILA, Dr. Harun Haji Pudin.



Mesyuarat pertama AJK PERWILA 2009 ini di adakan di Bilik Semarak, SMK Lajau. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh PERWILA dalam waktu yang terdekat ini. Antaranya ialah membincangkan aktiviti bengkel deklamasi puisi dan syair, sambutan ulang tahun PERWILA yang ke 24 tahun, pelancaran buku terbitan pertama PERWILA, Sepulau Sekasih Kita.



Turut juga dibincangkan soal pembahagian tugas kepada ahli untuk melancarkan perjalanan aktiviti yang akan dibuat. Selain daripada tugas-tugas biasa, saya juga ada tugas khusus antaranya ialah tugas bahagian Bahasa dan Sastera (menganjur seminar, bengkel penulisan, sayembara menulis kreatif dan non-kreatif) dan bahagian Dokumentasi dan Penerbit ( mengumpul bahan-bahan bertulis, berakam, kreatif dan non-kreatif). Mesyuarat berakhir kira-kira jam 11.20 malam.

Ahad, 17 Mei 2009

Ibu





Selasa, 12 Mei 2009

Mata Hati

Karya: Norgadis Labuan

Tika mata ku terpejam
Mata hati ku terbuka
Tika mata ku terbuka
Mata hati ku terpejam.



Jumaat, 8 Mei 2009

TEKAD

Karya: Norgadia Labuan

Atas nama tuhanku

aku berani menyusur malam
bergandingan
dengan insan asing

sibuk dan pantas
mengatur langkah sendiri

menghitung detik waktu
mengapai misi
menempis angkuh
memasung biadap.


Bertemankan zikirullah
aku ditebing malam
terus tekun
meneliti raut
mentelaah wajah
agar langkah terus mantap
bersama tekad yang satu.



Jeddah, 12 Rabiulawal 1426

Antologi Puisi Sepulau Sekasih Kita

Khamis, 7 Mei 2009

Foto Ana Muslim



Ini adalah hasil lukisan anak saya Nuratikah Nazurah. Dia memang suka melukis.

Ahad, 3 Mei 2009

Selamat Hari Lahir Ketua 2 PERWILA

zwani.com myspace graphic comments
Happy Birthday Graphic Comments

03 Mei 2009
Selamat menyambut hari lahir hari ini untuk Ketua Dua PERWILA, En Sahar Misron dari kami sekeluarga. Semoga gembira merayakan hari lahir ini bersama keluarga tercinta.

Jubli Perak Dan LISC Di Labuan


Pelancaran Jubli Perak, Hari Wilayah Persekutuan Labuan dan Penutupan LISC, Labuan International Sea Sport Complex diadakan serentak tahun ini. Acara berlangsung tiga hari bermula 1 mei 2009 hingga 3 mei 2009. Sambutan penduduk Labuan cukup memberangsangkan, dari segenap kampung tua muda turut hadir memeriahkan acara yang dilangsungkan. Banyak acara yang disediakan antaranya Peraduan Bintang LISC, Juara Celik LISC, Fotografi, pukul bantal, memancing, berkayak dan banyak lagi. Beratus gerai didirikan dan pelbagai barangan juga turut terjual. Nampaknya sambutan kali ini cukup meriah.

Sabtu, 2 Mei 2009

Daisy Food Container Set


Alhamdulilah, petang tadi saya mendapat hadiah 3 set Daisy Food Container Set of 2 dari Avon. Bagi melayakkan diri untuk mendapatkan Daisy Food Container Set of 2 ini, wakil avon hendaklah membuat pembelian...
  1. Wakil Avon biasa, pembelian Rm11.50 (Hadiah 1 set Daisy Food Container Set of 2)
  2. Unit Executive, pembelian Rm23.00 (Hadiah 2 set Daisy Food Container Set of 2)
  3. Unit Manager, pembelian Rm34.50 (Hadiah 3 set Daisy Food Container Set of 2)
  4. Senior Unit Manager, pembelian Rm46.00 (Hadiah 4 set Daisy Food Container Set of 2)
  5. Unit Director, pembelian Rm57.50 (Hadiah 5 set Daisy Food Container Set of 2)