Sabtu, 1 Ogos 2009

Majlis Konvokesyen SRU 2008 Kali Ke-6 Tahun 2009


(Pelajar yang memakai jubah merah merupakan pelajar yang memperolehi pangkat 1)

Majlis Konvokesyen SRU 2008 Kali ke-6 tahun 2009 di Dewan Kolej Matrikulasi Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis ini diadakan adalah bertujuan:
~ Meraikan murid-murid yang telah lulus dalam peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU).
~ Menghargai dan mengiktiraf usaha para pelajar bagi mencapai tahap lulus didalam peperiksaan SRU 2008.
~ Menjadi sumber inspirasi da semangat kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan SRU agar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan.
~ Memberi pengiktirafan kepada sekolah yang telah membuktikan prestasi yang cemerlang.
~ Mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim diantara Jabatan, sesama guru, murid-murid dan ibubapa.


(Pemain alat muzik tradisional yang mengiring penyampaian sijil SRU 2009)

Anugerah pelajar tertinggi peratus SRU, 2008 diterima oleh
1. Adik Nurul Arwani Bt. Mohd.Zain 93%. Dari SRAI Pekan Wil Per Labuan.
2. Adik Mohd. Shahminan B. Ibrahim 92%. Dari SRAI Pekan Wil Per Labuan.

Anugerah pelajar 3 matapelajaran teras terbaik, diterima oleh
1. Adik Muaz B. Minggu - 286 (Al-Quran - 96, Bahasa Arab - 99, Imlak - 91) dari SRAI Sg. Bedaun Wil Per Labuan.
2. Adik Nur Adilah Bt. Hamsa - 291 (Al-Quran - 96, Bahasa Arab - 96, Imlak - 99) dari SRAI Layang-Layangan Wil Per Labuan.

Anugerah khas pelajar~ 10 pelajar terbaik seluruh Sabah diterima 3 pelajar dari Wil Per Labuan
1. Adik Nurul Arwani Bt. Mohd.Zain 93%. Dari SRAI Pekan Wil Per Labuan.
2. Adik Mohd. Shahminan B. Ibrahim 92%. Dari SRAI Pekan Wil Per Labuan.
3. Adik Nur Adilah Bt. Hamsa 90%. Dari SRAI Layang-Layangan Wil Per Labuan.


(Bergambar Bersama Pelajar dan Pendidik SRAI Nurul Falah Bukit Kalam, Wil Per Labuan)

Majlis dirasmikan oleh Y.Bhg Dato'Hj. Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis diakhiri dengan acara bergambar ramai pelajar yang menerima pangkat 1 bersama VIP.

0 ulasan: