Selasa, 19 Januari 2010

Berhati-hati Dengan Teknik Perogol Terkini

Perkara ini berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ni.. Saya dapat tahu dari salah seorang sahabat TAGGED saya. Nampaknya ini adalah cara baru perogol memperdaya wanita. Kisah ini berlaku kepada seorang wanita yang keluar dari pejabat agak lewat iaitu agak-agak dekat malam. Dia terserempak dengan seorang kanak-kanak yang menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia menghampiri dan bertanya budak tersebut kenapa dia bersendirian petang itu. Budak itu berkata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya. Budak itu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Wanita tersebut kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa-apa, dia terus membawa budak itu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah tersebut, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.

Hari berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata-rata dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20 kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah cara perogol akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti kemahuan kanak-kanak itu, sebaliknya hantar saja dia ke balai polis yang berdekatan.

Kepada para wanita, harap sentiasa berhati-hati dan para lelaki pula jagalah keluarga anda dan selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.

0 ulasan: