Jumaat, 30 Julai 2010

Esok Majlis Perasmian & Penutup Program KDK



Majlis Perasmian & Penutup Program Kesihatan Dalam Kesenian
'Remaja vs Rokok'

ANJURAN BERSAMA
Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA)
DAN Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM)


DENGAN KERJASAMA
Jabatan Kesihatan * SMK Lajau * SMK Pantai


DISEMPURNAKAN OLEH
YB. Datuk Haji Yussof Haji Mahal
(Ahli Parlimen Labuan)

Tarikh ~ 31 Julai 2010 (Sabtu)
Masa ~ 11.30 Pagi
Tempat ~ Dataran Gemilang, SMK Lajau, WP Labuan


Bergambar bersama para pelakon 'Remaja Vs Rokok'


Sedikit ucapan dan nasihat untuk para peserta program


Antara para peserta yang bakal mengakhiri program Kesihatan Dalam Kesenian yang diadakan setiap hari sabtu.

Sabtu, 24 Julai 2010

Aku Terima Dua Buah Antologi Dari Puput Seni

Pagi tadi aku terima naskhah Antologi Cerpen 'Meniti Waktu' dan Antologi Cerpen dan Puisi 'Sungai Siarau' dari salah seorang karyawan Brunei iaitu pemilik blog PUPUT seni atau Tuan Haji Abdullah Haji Mohd Tahir.

Aku amat terharu dengam pemberian yang amat berharga ini. Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga dapat kulafaskan dibicara maya ini kepada Tuan Haji Abdullah.
Inilah wajah dua buah antologi yang aku terima pagi tadi. Antologi ini telah dikirimkan oleh Tuan Haji Abdullah Haji Mohd Tahir melalui Puan Hajjah Hasnah yang turut hadir di Pertemuan Nusantara ke 4 di Negara Brunei DS baru-baru ini.
Dari kiri Sdr Suili Bakar, Hajjah Hasnah Sambas, Norgadis Labuan dan cik Rafidah Mohamad

Sabtu, 17 Julai 2010

10 pelajar berlatih berlakon 'Remaja Vs Rokok'

Sabtu, merupakan hari aku bersama pelajar sekolah, program yang berlangsung selama 3 bulan ini akan berakhir dalam masa 2 minggu lagi. Huhuhu... lepas tu dah masuk bulan puasa... Ok jangan sedih dulu, tapi sebenarnya aku sedihlah nak berpisah dengan para pelajar ni. Aku seronok pabila bersama dorang... walau ada kedegilan tapi ada kasih sayang tau.

Ini sedikit pengenalan tentang lakonan dari abang MAD yang mana beliau pernah menjadi pengarah aku sewaktu aku berlakon teater dulu (zaman 80an)


Ini pula, penerangan berkenaan jalan cerita yang nak dilakonkan, lakonan spontan je..


Aku suka dorang ni, ada bakatkan?

Pelakonnya: Sofri,Ahmad Zulhilmi, Md Faizlan, Siti Khadijah, Nurul Ashyikin, Felicia, Nor Zafirah, Nurul Fadzlin dan Fatimah

Lakonan dorang ni akan dipersembahkan sewaktu penutup program pada 31 julai 2010 ini.

Lepastu kami buat aktiviti membuat layang-layang atau kikik dalam bahasa kedayan. Peralatan semua kami sediakan, ada yang nampak kreatif ada pula yang tak tau cara membuatnya. Biasalah tu...


Dah Siap...!!

Kalau program ni dah habis, tak tau nak buat program apa lagi huhuhu...

"Ibu rindu kamu semua"

Jumaat, 16 Julai 2010

Bacaan Yassin Dan Tahlil Di Rumah Kak Ramlah

Assalammualaikum para sahabat blogger yang dikasihi, gambar yang nak aku kongsikan kali ini adalah gambar sewaktu Majlis Bacaan Yassin Dan Tahlil di rumah kak Ramlah di kg. layang-Layangan.






Seronok rasanya pabila dapat berkumpul bersama kawan-kawan yang sama-sama mengaji di Masjid Layang-Layangan. Walaupun aku merupakan orang baru dalam kumpulan ini, namun kehadiranku disambut baik oleh mereka semua.

Persatuan Silat Gayong SMK Mutiara Aktif

3 anak gadis aku ikut silat Gayong di SMK Mutiara Wil Per Labuan. Ingat masa muda-muda dulu, aku dan bekas tunang aku (laki akulah tu) sama-sama belajar silat hehehe...







Khamis, 15 Julai 2010

Norgadis Bersama Pelajar SMK Lajau Dan SMK Pantai WP Labuan

Lama rasanya aku tak cerita pasal aktviti setiap hari sabtu, inilah kerja aku setiap hari sabtu, bermesra dengan pelajar sekolah. Program Kesihatan Dan Kesenian ini dibuat selama lebih kurang 3 bulan dan aku adalah salah seorang AJK yang bertugas.

Bersemam pagi bersama pelajar


Ini aktiviti mengingat nama kawan


Wathiqah berbaju biru pun aku bawa beraktiviti hehehe...

Jumaat, 9 Julai 2010

netQueen siarkan cerpen "Selamat Hari Bapa"

Selamat Hari Bapa
Karya: Norgadis Labuan

Ayah yang kupanggil abah selama ini, merupakan seorang ketua dijabatannya. Walaupun beliau merupakan seorang ketua yang agak tegas, tetapi beliau sentiasa mengambil berat dan amat di hormati oleh pekerja bawahannya. Disebalik ketegasannya, abah merupakan seorang yang suka berjenaka. Malah dalam keluarga kami, kehadiran abah menceriakan lagi suasana. Tidak hairanlah jika kami digelar keluarga bahagia dan sempurna.

Kalau dibandingkan antara abah dan ibu yang kupanggil mama, aku lebih memilih abah. Walaupun aku anak perempuan, tetapi kemesraan abah lebih menyenangkanku. Kalau aku sakit demam, abahlah lebih dahulu memberiku ubat dibanding mama yang hanya berleter. Kalau aku ada masalah dalam pelajara, abahlah yang lebih banyak memberi semangat dan tunjuk ajar.

Sekarang aku sudah dewasa dan mempunyai kerjaya sendiri. Setiap hari kalau aku pergi kerja, abah jugalah yang menghantar aku. Mungkin aku dikatakan anak manja, tapi pada hakikatnya, kebebasanku amat ketat dibandingkan rakan yang seusia denganku. Semuanya atas alasan demi menjaga keselamatan. Aku tidak mempunyai pilihan melainkan akur dengan keputusan keluarga.

Pada suatu hari, abah menghantar aku pergi ke tempat kerja seperti biasa. Pagi itu agak lain dari pagi-pagi sebelumnya. Abah senyap dan kemudian…

Nak tahu ceritanya selanjutnya... KLIK netQueen atau KLIK Sudut Cerpen

Rabu, 7 Julai 2010

Dimana Silapnya?

Cintailah Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa












Isnin, 5 Julai 2010

Majlis Khatam Quran Di Rumah Kak Saimah

Majlis Khatam Al-Quran kali ini diadakan di rumah kak Saimah di Tanjung Aru. Aku sebenarnya amat kagum dengan kesungguhan kak Saimah mengaji Quran kerana beliau terpaksa menaiki dua buah bas untuk sampai ke Masjid Layang-Layangan dimana tempat kami belajar mengaji bersama.


Ustaz Aziz sedang mendengar bacaan kak Saimah



Inilah antara sahabat mengaji yang turut hadir


Nampaknya ada yang dah sakit kaki tu