Ahad, 29 Ogos 2010

Salam Kemerdekaan


Selamat Menyambut Hari kemerdekaan yang ke 53 tahun pada 31 Ogos 2010 ini. Bersama-samalah kita berdoa moga negara kita mendapat berkat dan moga kemerdekaan ini akan berkekalkan selamanya...

Kempen 1 Blog 1 Bendera telah ku sambut dengan senang hati. Ramai member2 blogger yang meletakkan Jalur Gemilang di Blog mereka... Aku yang meronda-ronda blog lain akhirnya mengambil keputusan mengcopy Jalur Gemilang kat atas tu dan mengubah suai sikit untuk tatapan para pengunjung... Kepada pemilik Jalur Gemilang tersebut jangan marah ya.... nanti lekas tua beb...

Kepada semua blogger yang sudi berkunjung, aku ucapkan ribuan terima kasih dan jangan jemu berkunjung lagi...

Isnin, 23 Ogos 2010

Pertemuan Semalam Membuat Norgadis Terharu

Ingat lagi tak aktiviti aku setiap hari sabtu bersama pelajar? Program Kesihatan Dlm Kesenian, Remaja Vs Rokok tu... Program tu dah berakhir pada 31 julai 2010 yang lepas.
Bergambar selepas majlis penutupan program
KLIK PERWILA untuk melihat perjalanan program selama 12 minggu

Ok... aku nak cerita pasal pertemuan semalam yang membuat aku terharu sangat. Semalam 22 Ogos 2010, di SMK Lajau WP Labuan, adalah pertemuan AJK Program KDK dan sekaligus mesyuarat PERWILA. Waktu mesyuarat dijalankan, ada penyampaian saguhati dan sijil untuk AJK Program KDK.

Aku dapat 2 sijil sekaligus. Satu untuk penceramah program dan satu lagi sijil untuk AJK yang bertugas secara sukarela.

Ini sijil yang aku dapat semalam

Sambung cerita... apa yang membuat aku terharu sangat, aku telah mendapat saguhati dari PERWILA sebanyak RM 1000 kerana tugas yang aku jalankan selama 12 minggu program. Terima kasih PERWILA... Inilah penghargaan terbesar yang pernah aku terima selama setia bersama PERWILA. Sebelum program ini dilangsungkan, memang tiada pemberitahuan tentang saguhati ini, semuanya dibuat secara sukarela dan memang tak ramai AJK PERWILA sendiri yang mahu membatu sepenuhnya.

Saguhati disampaikan oleh Ketua 2 PERWILA, Sdr Sahar Misron

Rezeki bulan puasa agaknya, alhamdulillah

Dua anak aku Nurfatihah Athirah dan Nurzafirah Nadirah yang turut membantu disamping AJK yang lain juga menerima saguhati mereka masing.


Anak aku mendapat RM 300 setiap seorang

Mungkin ada setengah orang menganggap RM 1000 itu tidak sebanyak mana, namun bagi aku seorang surirumah yang tak makan gaji, ianya memang amat bernilai sekali. Terima kasih kepada Allah kerana memberi rezeki yang tidak diduga ini dan terima kasih kepada suami tercinta yang sentiasa menyokong aku selama ini. Tanpa keizinannya, aku tidak akan sampai ketahap ini.

Ahad, 15 Ogos 2010

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR UNTUKMU


ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR UNTUKMU

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada-NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .
sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
(sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas kasih-NYA

Ya Allah tuhan yang satu... aku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas dari-Mu

"Ya Allah jadikanlah kami hamba2 Mu yang bertaqwa.. ampunkan dosa kami, dosa pasangan kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa anak2 kami, dosa saudara2 kami dan dosa semua umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

Selasa, 10 Ogos 2010

Khamis, 5 Ogos 2010

Happy B'Day Cikgu Ali

Selamat Hari Lahir buat Babah tersayang (bapa aku) pada 5 ogos 2010 yang ke 67 tahun. Moga Babah dipanjangkan umur, murah rezeki, sihat selalu dan sentiasa diberkati Allah swt. Amin...
Jom layan gambar2 yang sempat dirakam sempena birthday bapa aku ni...

Bapa aku En.Mohd Ali Bin Hj Gandul dan mama aku Pn. Kim Lian Kim Chin

Ini gambar aku dan bapa aku

Ini pula gambar adik no.3 Liza bersama bapa aku

Di kiri yang berjanggut tu adik aku yang bongsu Zahli dan sebelah kanan abang aku yang sulong Asman

Dan yang ini... anak2 aku bersama anak saudara aku...

Isnin, 2 Ogos 2010

Award Dari Ellen



Aku terima award ini buat kali ke dua, kali ini dari ellen pula, makasih banyak2 ya... aku amat menghargainya...

Seperti award yang lepas, award istimewa ini pasti bersama dengan syarat2nya. Ok syarat2 nya ialah>>>

Bagi siapa sahaja yang menerima award ni, diharuskan memberikan/tag kepada 5 org. Selepas itu, si penerima award harus meletakkan link2 berikut di blog/artikel masing masing (kat entri tau)

  1. Syiema Emi
  2. Si Itam Manis
  3. secantikmanis
  4. FloEllen
  5. Norgadis

Sebelum korang letak link2 di atas, padamkan dulu link yang berada di no 1, kemudian semua link yang tinggal di naikkan 1 level seperti link no 2 menjadi no 1, link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya. Selepas itu, amsukkan link korang di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5..ok? faham kan..Tapi korang semua kena jujur dan adil ya dalam menjalankannya. Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul, maka jumlah backlink yang didapat ialah :-

Posisi 5 : Jumlah backlink =5
Posisi 4 : Jumlah baclink = 25
Posisi 3 : Jumlah backlink = 125
Posisi 2 : Jumlah backlink = 625
Posisi 1 : Jumlah backlink = 3,125

Menurut info dari SEO (Search Engine Optimation) ramai blogger telah mendapatkan 1,923,125 backlink dan ekuntungannya, blog korang akan mendapatkan trafik tambahan, apalagi jika ada orang mengklik klik ke blog korang

Selain mengeratkan persahabatan antara blogger, award ini boleh membantu untuk menaikkan trafik dan backlink ke blog korang

KESIMPULANNYA AWARD INI MENDAPAT >>>>RAMAI KAWAN-BACKLINK - TRAFIK-PAGERANK MENINGKAT

so akhirnya aku nak tag pada 5 rakan blogger yang lain


apa lagi... jom mencuba... belum try... belum test... belum tau...
Sudah try... sudah test... baru tau... hehehehehe...

Ahad, 1 Ogos 2010

::Award from cik iDe::


Biasanya award-award yang aku terima... entrinya akan dibuat di Ruang Sahabat Norgadis. Oleh kerana award ni lain dari yang lain... macam jauh je perjalanan award ni... so aku buat kat laman utama blog aku ni...

Apa pun jua... Terima kasih banyak2 kepada Cik IDE kerana sudi bagi award cute ni

**********************************************************

Syarat Award

*Bagi siapa sahaja yang menerima award ni , diharuskan memberikan/tag kepada lima orang lagi
*Selepas itu , si penerima award harus meletakkan link-link berikut di blog/artikel masing-masing ( kat entri tau )

  1. Shiyda
  2. Aj
  3. ainihussin
  4. iDe
  5. Norgadis

*Sebelum korang letak link-link di atas , padamkan dulu link yang berada di no 1 . kemudian semua link yang tinggal dinaikkan 1 level seperti link no 2 menjadi no 1 , link no 3 menjadi no 2 dan seterusnya . Selepas itu , masukkan link korang di bahagian paling bawah sekali iaitu no 5 . ok ? paham tak . Tapi korang semua kena jujur dan adil ye dalam menjalankannya . Jika setiap penerima award mampu memberikan award ini kepada 5 orang dan kesemua mereka yang ditag meletakkan link dengan betul , maka jumlah backlink yang dia akan dapat ialah :-
Posisi 5 : jumlah backlink = 5

Posisi 4 : jumlah backlink = 25

Posisi 3 : jumlah backlink = 125

Posisi 2 : jumlah backlink = 625

Posisi 1 : jumlah backlink = 3,125

Menurut info dari SEO ( Search Engine Optimation ) ramai blogger telah mendapatkan 1,953 ,125 backlink dan keuntungannya . Blog korang akan mendapatkan trafik tambahan, apalagi jika ada yang meng'klik' link ke blog korang .
Selain mengeratkan persahabatan antara blogger , award ini boleh membantu untuk menaikkan trafik dan backlink ke blog korang .
[Kesimpulannya : award - dapat ramai kawan - baclink - trafik - pagerank meningkat]

Tag kepada 5 orang kawan:

  1. Abu Luqman
  2. mommyyus
  3. Pak Cik Im
  4. MatiKatak Rulez
  5. Ana Rozi Zali