Ahad, 31 Oktober 2010

Bermalam Di Taman Mutiara

Salam sahabat, dari hari khamis, jumaat dan sabtu aku bermalam di Taman Mutiara rumah kedua akulah kononnya. Dari rumah yang kosong, aku dah bawa keperluan aku terutama laptop untuk keselesaan aku BW hehehe...

Yang kecil tu laptop aku, yang besar laptop pujaan hatiku

Ruang tamu, tiada sofa, cuma meja dan tikar je
(duduk kat lantai mcm jepun)

Walaupun masih demam, tapi Wathiqah masih boleh tersenyum

Katil dan tilam tu bekas tunang belikan "baik hati abang..."

Bagaimana aku nak masak?

Kekasih aku belikan dapur masak untuk aku... yes! aku boleh masak dah...

Periuk nasi tu baru aku rasmikan, aku dapat hadiah dari Avon tahun 2004, dah lama tapi baru digunakan. Pemanas air elektrik tu pula, beli 1 dapat percuma 5 botol air reffel... khamis lepas abang belikan sebelum pergi Taman Mutiara.

Seonok tidur kat sana, macam tinggal tempat lain pula rasanya. Hari ni dah balik rumah lama sebab esok abang dah mula kerja, tengoklah sabtu depan, mungkin aku bermalam disana lagi.

Khamis, 28 Oktober 2010

Aku Di Taman Mutiara

Ini adalah sedikit gambaran di Perumahan Taman Mutiara. Rumah di Taman Mutiara ini sudah kami beli semenjak 1995 tetapi... rumah ini baru 3 tahun lepas dapat diduduki. Kira-kira 12 tahun lamanya kami menunggu untuk berpindah ke sini...

Mula cadangan tu memang nak berpindah ke sini tapi memandangkan sekolah anak-anak jauh dan tiada bas sekolah yang menghantar ke sekolah anak aku tu (anak2 pula tak mau pindah sekolah kat sini) maka... teruslah kami tinggal di rumah lama dan rumah kami ini kami sewakan kepada seorang kawan.
Hari ini 28 October 2010, kawan yang menyewa rumah kami ni berpindah ke Semenanjung (Balik kampung). Jadi aku teringin pula nak merasa tinggal di sini sekali sekala walaupun rumah ni kosong (Nanti aku bawalah dapur masak, tilam bantal untuk keselesaan aku hahaha...)

Rumah aku L10 tingkat 1. L10 adalah lokasi menarik kerana berhampiran taman permainan, dewan dan surau

Ruang tamu yang menghala ke bilik tidur

Ruang tamu yang menghala ke dapur dan pintu keluar

Ruang dapur yang kecil

Bilik tidur (Ada 3 bilik)

Selasa, 26 Oktober 2010

Wathiqah Demam

Sejak semalam panas badan Wathiqah tak turun-turun, akhirnya pagi tadi aku dan abang bawa Wathiqah ke klinik untuk rawatan. Kata doktor, panas badan Wathiqah 38 c, nampaknya kena berehatlah anak aku tu, seperti kata Wathiwah pagi tadi... "Wathiqah demamlah, tak boleh sekolah, sakit kaki, sakit tangan lagi..." biasalah tu, walaupun demam, tapi mulut masih banyak cakap.

Doktor bagi ubat batuk, demam dan vitamin

Jom layan sesi Wathiqah makan ubat...
Mula-mula makan ubat (selepas makan mee seperti yang diminta)

Lepas tu minum air (kata Wathiqah ubat tu tak sedap)

Yes!! Dah berjaya makan ketiga-tiga ubat (macam tak demam je)

Akhir sekali dia dah terlena ...

Dapat surat cuti sehari je... mudah-mudahan cepat sembuh...

Ahad, 24 Oktober 2010

Udang Hujung Minggu

Salam sahabat,
Kepada yang sudi berkunjung ke blog aku hujung minggu ni, aku ucapkan terima kasih bebanyak. Hari ini betul-betul bz... sampai tak sempat nak BlogWalking ke laman sahabat. Hah? Bz apa? Adalah... urusan keluarga... cheh! mengada-ngada... macam orang penting pula wakah kah kah ... Dahlah tu jom layan udang aku ni.... sedap oooo....

Aku dengan bekas tunang aku, pagi-pagi lagi kira-kira jam 7 dah jalan beli udang ni. Lepas beli udang, terus pulang rumah. Anak-anak dah sediakan sarapan pagi nasi goreng dan air milo untuk kami berdua. (Anak yang baik hehehe... Bertuah aku...)

Beli 6 ekor je, cukuplah seekor seorang

6 ekor ni dah sampai sekilo lebih, keluarlah duit insan tercinta RM84
(dia yang nak beli, bukan aku paksa)

Mana cili hijau dan cili merah ni? Opps! Aku lupa beli...

Jumaat, 22 Oktober 2010

Buah Lychee (TIN) Yang Ada Lemak Khinzir



KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings

"Narcissus" adalah tanda mapan dan terkenal yang berkaitan dengan makanan berkualiti China tin dan bumbu seperti cendawan utuh, tombak asparagus, laici, kubus daging babi dibumbui, daging babi direbus dll pelbagai produk makanan "Narcissus", yang sangat menuntut baik di banyak bahagian dunia, termasuk:
Daging Kalengan
Canned Seafood
Buah-buahan Kalengan
Kalengan Sayuran
Bumbu

di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yang lain, untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website

http://www.halaljakim.gov.my/

Bahan dari Email Sahabat

Tinggalkan Link Anda

create your own banner at mybannermaker.com!


Rabu, 13 Oktober 2010

Jangan Biarkan Aku Gembira

KARYA: NORGADIS LABUAN
Tersiar di RTM Labuan FM Sempena Hari Raya.

Syawal telah tiba. Kelihatan kanak-kanak keriangan belari ke sana sini selepas solat dipagi raya. Nenek yang bangun sejak jam tiga pagi lagi asyik sibuk menyediakan juadah raya. Aku yang tinggal di rumah nenek juga turut membantu mana yang patut. Walaupun rumah nenek tidak sebesar mana, namun ketenangan amat terasa dengan suasana kampung yang ceria dibanding kawasan perumahan tempat kediaman kami sebelum ini.

Kulihat sepupuku adik Masturah yang berusia empat tahun seusia adikku yang tinggal bersebelahan rumah nenek, begitu comel apabila mengenakan tudung biru yang sedondon dengan bajunya. Tiba-tiba saja terbayang wajah adik, kemurungan wajah ayah dan wajah ibu yang sentiasa bergenang dengan air mata meski masih sempat menghadiahkan senyuman kepadaku. Keadaan ini benar-benar mengheret aku kealam yang memilukan.

"Ya Allah, kenapa aku dilahirkan didalam keluarga yang malang ini. Apakah dosaku. Apakah salahku ya Allah," aku menangis. Aidilfitri tahun ini tidak disambut seperti tahun-tahun yang lalu.

Aku masih ingat lagi kisah sewaktu petang itu, ketika aku sibuk membersihkan halaman rumah. Kulihat ibu sedang mengangkat kain jemuran dan ayah pula asyik dengan membersihkan kereta barunya. Aku rasa adik pasti masih tidur di dalam bilik waktu itu.

“Ira…! Ira tolong sapu halaman rumah kita ya, raya dah nak dekat ni, nanti ayah bagi Ira main bunga api,” kata ayah.

“Betulkah ayah, Ira boleh main bunga api? Seronoknya… Kalau gitu Ira sapu halaman rumah kitalah ayah,” dengan gembiranya petang itu aku terus melakukan apa yang ayah suruh.

“Rajin anak ibu,” aku melemparkan senyuman, ibu yang baru keluar dari rumah terus menuju ke arah kain jemuran sambil membalas senyumanku.

“Ayah yang suruh Ira buat ibu, kata ayah nanti Ira boleh main bunga api,” Ibu memandang ayah, ayah membalas pandangan ibu seketika.

Aku meneruskan kerja-kerja menyapu halaman rumah, sekali sekali bayu menghembus dan menjatuhkan helaian daun mangga yang membuat hatiku bertambah geram. Aku terpaksa menyapu semula kawasan yang tadinya telah kusapu bersih walaupun halaman rumah kami tidaklah seluas mana dibanding dengan kawasan rumah nenek di kampung.

Daun-daun kering kukumpulkan disudut halaman untuk dibakar. Ranting-ranting kayu juga turut kukutip agar halaman rumah kami kelihatan bersih menjelang raya nanti. Tentu ibu dan ayah akan memujiku andainya halaman rumah kelihatan bersih. Ayah pasti akan memberikan aku duit raya seperti tahun-tahun yang lalu.

Adik… Aku berharap jika adik besar nanti, bolehlah adik menolongku membersihkan halaman rumah kami ini. Emm… dalam usia empat tahun, manalah adik pandai menolong, kalau tolong menyemak bolehlah. Aku tersenyum sendiri kalau mengingat telatah adik.

Dalam kesibukan masing-masing, tiba-tiba kedengaran bunyi letupan mercun di kawasan dapur rumah kami, aku terperanjat. Letupan mercun yang berterusan itu membuat aku tergamam.

Nak tahu cerita selanjutnya... KLIK DISINI

Ahad, 10 Oktober 2010

Selamat Pengantin baru 10.10.10

Wah...! Tarikh 10 0kt 2010, memang cukup menarik dan cantik... semua 10.10.10. Kepada semua pasangan yang kahwin tarikh ini aku ucapkan selamat pengantin baru, semoga bahagia sehingga ke akhir hayat.


Selamat pengantin Baru Buat Anak Saudaraku Diana


Seketika menjadi penyambut tetamu


Majlis bersanding


Suap-suapan


Senyum jangan tak senyum...


Sibuk memastikan kek dah siap sedia untuk dipotong
(mana pula pisau ni...?)


Acara memotong kek


Aku dan bekas tunang (suami tercinta) bergambar bersama pengantin
(kamera handphone tak clearlah)


Sempat bergambar bersama adik aku Liza (baju coklat) dan anak kecilku

Jumaat, 8 Oktober 2010

Ini Bidan Terjun

Siapa pula yang nak bersalin ni, sampai nak panggil bidan terjun pula... Aku saja buat tajuk macam tu, sebenarnya ini juru solek terjun... jam 7 pagi, kakak ipar aku call dan dia suruh aku datang ke rumahnya awal sikit sebab nak make up anaknya nak nikah (Juru make up tak dapat datang). Huhuhu... aku pun kelam kabut selongkar make up yang ada, adoi!! para make up pun takut tengok aku lantas cabut lari hahaha... padan muka aku.

Mulanya aku nak minta bekas tunang aku belanja makan soto kat gerai, lepas makan baru pergi tempat orang nikah, aduh!! bukan rezeki aku makan soto masa tu, kena pula datang awal kat ruamah kakak ipar.

OOiii...!!! siapa yang mengata aku tu hah? Bekas tunang aku tu sebenarnya laki akulah... jangan salah faham tau...

Jom kita layan gambar yang sempat anak aku ambil ni....


Setelah siap di make up


Nak pakaikan rantai pula...


Gambar guna handpone je ni...


Inilah wajah anak saudara aku


Ini setelah akad nikah selesai


Duduk bersanding sekejap

Malamnya aku kena menghadiri bengkel penulisan pula, bznya aku...

Rabu, 6 Oktober 2010

Daun Saderi



Daun Saderi
Picture (Device Independent Bitmap)

Daun Saderi (Seleri) atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.

Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

Ahad, 3 Oktober 2010

Majlis Hari Raya Di Sekolah Tadika Al Iman Layang-Layangan

Pagi tadi, aku dan anak-anak pergi ke Tadika Al-Iman, Layang-Layangan, kebetulan pula kekasih aku kerja hari ini, maka kami berlima sajalah yang pergi ke majlis tersebut... Majlis Hari Raya ini sebenarnya diadakan untuk semua tadika-tadika islam di WP Labuan dan tahun ini Tadika Al-Iman menjadi tuan rumahnya.

Cantik banner


Muka aku mesti ada hehehe...



Comelkan anak-anak ni...?


Meriahnya majlis raya ni...


Tengah menunggu giliran untuk menerima duit raya


Bestnya dapat duit raya...


Cikgu Anita merupakan Guru Besar Tadika Al-Iman Layang-Layangan.
Semua anak-anak aku pernah bersekolah di tadika ini.