Jumaat, 31 Disember 2010

Kontest Ucapan Tahun Baru 2011 yang sempoi tapi best!!

Aku dapat tag kontest dari Ad'Rien Ichigo S. Kontes ini adalah tajaan oleh si gadis manis magnoliapert / magnosite. Kontest ini berakhir hari ini 31 Disember 2010. Samada penyertaan ini diterima atau tidak, aku tak kisah kerana aku memang nak bagi ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua yang mengenaliku.



Kalendar Untuk Sahabat

Ok sekarang aku nak buat ucapan pula ni...

Assalammualaikum para sahabat blogger,
Bertapa sayunya kulihat pabila 2010 bakal meninggalkan kita pergi bersama kenangan-kenangan pahit manis selama hidup berada di tahun 2010.

Gambar kenangan 2010 yang terindah...

Bercuti bersama keluarga di Kota Kinabalu/ Pelancaran Buku Antologi Puisi 'Sepulau Sekasih Kita' yang turut memuatkan puisiku didalamnya.

Program selama 12 minggu bersama pelajar 2 buah sekolah menengah / Kembara Sastera ke Brunei, Limbang, Lawas, Sipitang dan Beaufort.


Aku bersyukur, kemungkinan masih ada peluang untukku merasa hidup di tahun baru 2011. Moga tahun 2011 ini dapat kujalani hidupku bersama zikrullah memuji-Mu Ya Allah. Moga tahun 2011 ini tak kubiarkan malamku tanpa sujud kepada-Mu Ya Allah. Moga tahun 2011 ini tidak melalaikanku hingga terlupa memohon keampunan terhadap-Mu Ya Allah.

Kepada sahabat blogger yang telah meninggalkan dunia maya dan telah berakhir hayatnya, kuhadiahkan Al-Fatihah untuk mereka, agar mereka bahagia ditempatnya.



Akhir sekali, SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011, kepada semua yang mengenali diriku. Andainya aku mempunya salah dan silap, samada sedar atau sebaliknya, maafkanlah aku, aku hanya manusia biasa yang terlalu lemah dan aku hanya mampu berserah kepada-Nya agar memberi petunjuk ke jalan yang lurus.

Khamis, 30 Disember 2010

Hari Ke 3 Bercuti Di Kota Kinabalu

Khamis, 2010 Disember 23


Hari ke 3 bercuti di Kota kinabalu, aku dan famili pergi pula ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi atau Lok Kawi Wildlife Park. Sebenarnya agak jauh juga untuk menuju ke kawasan tersebut, kira-kira 25km dari Kota Kinabalu.


Bayaran masuk ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi ini RM 10 untuk 18 tahun ke atas dan pelawat dibawah 18 tahun RM 5, manakala warga tua 60 tahun ke atas dan OKU percuma masuk ke kawasan ini.


Taman ini merangkumi sekitar 280 hektar, termasuk Botani Situs dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Pada waktu ini, taman ini mempunyai lebih dari 100 spesies mamalia termasuk burung, yang disimpan di dalam sangkar besar.


Kira-kira jam 11 pagi, kami menyaksikan persembahan 'Animal Show'. Turut membuat persembahan ialah Orang Utan, Ular, Burung Enggang dan sebagainya hehehe...


Menunggang gajah ini adalah ativiti terakhir kami di sini, anak aku Wathiqah yang kecil sekali tu teringin sangat nak duduk atas gajah. 2 kakaknya menemaninya bersama.



Antara haiwan yng ada di Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Rabu, 29 Disember 2010

Hari Ke 2 Bercuti Di Kota Kinabalu

Rabu, 2010 Disember 22


Hari ke 2 bercuti di Kota kinabalu, aku dan famili ke Water World di Taman Tun Fuad. Bayaran masuk ke kolam mandi tersebut RM 10. Kepada anak yang tingginya 3 kaki kebawah, masuk adalah percuma.


Wathiqah anak aku yang paling kecil ni memang tak sabar nak mandi kolam, inilah kali pertama dia mandi kolam, selalunya kat Labuan kami bawa mandi laut je. Cuma anak aku Athirah kurang selesa mandi di sini kerana pengunjung yang mandi di sini tidak dibenarkan memakai tudung dan seluar panjang. "Lantak doranglah", yang penting aurat mesti dijaga, tudung dan seluar panjang tetap tak tanggal punya...


Meluncur ke kolam mandi adalah aktiviti yang amat disukai oleh Wathiqah


Kawasan kolam ini mempunyai pandangan yang menarik


Terdapat juga restoran di kawasan ini


Puding kelapa tu sedap tau!

Setelah penat di kolam mandi, kami ke Sepanggar menjamu selera dengan makanan laut di gerai kat tepi jalan. Walaupun perjalanan agak jauh, namun diusahakan juga agar anak2 pernah merasai ke kawasan yang berhampiran UITM.

Selasa, 28 Disember 2010

Reunion Ex-SMK Labuan 1988

Macam inda ramai saja yang datang ni...

Salam,
Huhuhu... nangis dulu, aku terlambat tau pasal reunion ni, maklumlah mendangar radio pun jarang2. Teringin jua kan berjumpa kawan2 waktu sekolah dulu, sudah lama inda berjumpa, kalau terjumpa pun ada sudah yang inda dikanali mengkali atau kamu yang inda kanal aku lagi hehehe...

Kulihat ada muha Si Wahidah, napa kau inda call aku!!! huhuhu... nagis lagi ku. Kepada Fatimah, Wahidah (si Tayarudin inda nampa gambarnya), Rita, Atynah, Faezah dan kepada member-member yang lain, tahniah atas kejayaan kalian menjayakan pertemuan yang cukup istemewa itu, lain kali kalau buat reunion, panggil kawan kita ramai2...

*BALCK BIRD tu apa maksudnya???

Ahad, 26 Disember 2010

Hari Pertama Bercuti Di Kota Kinabalu

Selasa, 2010 Disember 21

Kira-kira jam 8 pagi, aku dan famili berangkat dari darmaga WP Labuan menaiki ferry kenderaan dan penumpang.

Kami sampai di Menumbok kira-kira jam 9.45 pagi

Tiba di Kuala Penyu jam 10.30 pagi dan di Beaufort jam 10.45 pagi

Perjalanan diteruskan ke Sipitang. Kami sampai di Sipitang jam 11.30 pagi, rehat sebentar makan tengahari di Pekan Sipitang. Seterusnya kami ke Lubuk Darat kawasan tanah aku yang jarang sekali kukunjungi. Di sana aku menandatangani surat kebenaran untuk pecah tanah yang dibuat oleh Lizawati yang mana selama ini kami menggunakan geran tanah yang sama. Setelah selesai urusan di sana, kami singgah sebentar di Surau Kg Pisukau, Sipitang untuk solat zohor.
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Kota Kinabalu. Kami tiba di sana dah waktu petang, sedikit kecewa kerana rumah bomba yang ditempah untuk 3 malam telah dimasuki penghuni lain, entah dimana silap pengurusan kali ini. Sabar je lah...

Kami cuba pula ke Tabung Haji, sekali lagi hampa kerana semuanya penuh. Setelah percubaan mencari kali yang ke 4, baharulah kami dapat penginapan di Api-Api Centre. Curi-cuti sekolah begini memang susah nak dapat hotel kosong.

Malamnya, kami makan malam di Tanjung Aru, tak sangka... makanannya mahal-mahal belaka, malam tu je belanja makan minum mencecah RM 80+ untuk kami sekeluarga.

Jumaat, 24 Disember 2010

Aku Baru Balik Dari Kota Kinabalu

Salam para sahabat blogger, terima kasih kepada yang masih sudi singgah di blog aku ni walaupun beberapa hari lepas aku telah bercuti BW. Letih masih terasa, sori... hari ni tak dapat BW ke blog kekawan. InsyaAllah... senang-senang nanti aku akan melawat bloh korang ya.

Gambar kat atas tu adalah kawasan tempat aku menginap selama berada di Kota Kinabalu. Nanti aku upload dan kongsikan gambar-gambar sewaktu aku dan famili berada di Kota Kinabalu.

Ok aku nak rehat dulu...

Isnin, 20 Disember 2010

Siapa Nak Top Up RM 5

Isnin, 2010 Disember 20

Salam para blogger yang disayangi,
Esok aku ke Sipitang, Sabah. Setelah selesai urusan di sana, aku sekeluarga ke Kota Kinabalu pula nak bawa anak-anak jalan-jalan. Kasihan anak-anak aku tu, jarang keluar dari Labuan. Sementara aku bercuti BW ni, aku nak buat aktiviti untuk semua follower aku...


Siapa nak top up RM 5?, Aku nak buat undian untuk hadiah top up RM 5 (seorg sja)
sila tinggalkan link blog kalian di ruangan komen, kalau belum follow, follow dululah. Nanti aku buat undiannya...


Follower ke 1000 juga akan menerima top up RM 5 jika follow blog aku sebelum sebelum 1 January 2011. Ingat! sebelum 1 January 2011.

Aktiviti ini berjalan dari 20 hingga 31 December 2010

Sabtu, 18 Disember 2010

Keputusan Norgadis Contest 2

Dengan rasminya maka tamatlah
Norgadis Contest 2

Hadiahnya

Saya terpaksa buat undian random ni sebab rata2 jawapan para peserta kebanyakkannya tepat sekali
Dari hasil undian, keputusan yang diterima telah memihak kepada peserta ke 22, siapakah peserta itu?


Inilah pemenang contest kali ini...

Tahniah kepada Azatiesayang kerana telah bertuah memenangi Norgadis Contest 2 kali ini, sila tinggalkan atau sms ke 013-851 1234
  1. Nama Penuh
  2. Alamat
  3. No. Hp
Kepada yang tidak berjaya, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memeriahkan contest saya yang ke 2 ini, insyaAllah di masa akan datang saya akan menganjurkan contest 3 pula, cuba lagi...