Selasa, 5 April 2011

Benih-Benih Kelahiran

Benih-benih yang bertaburan ini,
menghiasi kawasan tanah gersang,
Yang belum ada penghuni damai,
Kini mula menampakkan orang riang.

Benih-benih itu mula membuka mata,
Walaupun hanya sekecil batu,
Bentuk parasmu mendamaikan jiwa,
Bila si kelibat bayang melihat dirimu.

Benih-benih kelahiran membawa aku gembira,
Di saat hati menjadi bebanan,
Kan ku sirami sifatmu sempurna,
Menjadi ukiran setiap urat daunan.

Bila benih-benih itu telah matang,
Aku bahagia dengan tenang,
Kerana engkau telah datang,
Di saat susah dan senang.

Terima kasih anakku yang aku sayang......

Hasil Nukilan:
Gabriel Kimjuan (4 April 2011)

Puisi ini dihadiahkan oleh ahli PERWILA Sdr Gabriel Kimjuan. Terima kasih buatmu sahabat, aku amat menghargainya, penuh harapan agar kau terus melahirkan karya-karya yang bermutu.

6 ulasan:

Hardy Boy berkata...

menarik puisi nie (^_^)

Norgadis berkata...

Hai hardy boy...
Ini antara hadiah puisi yang menarik yang pernah saya terima sempena hari lahir...

Naza LAB berkata...

Hee...ma'aih mantop kak mantop... long no see..he

Norgadis berkata...

Salam Mohd Nazari & Masninah.
Singgah blog akak, baru dpt selalu jumpa... jumpa dlm blog je...

tehr berkata...

moga2 sentiasa berbahagia dengan apa yang telah diterima

...nampak memang bahagia pun, kan?
hehe

Norgadis berkata...

Salam tehr.
Alhamdulillah sehingga ke hari ini masih kekal bahagia, moga kebahagian ini terus berpanjangan Amin...