Sudah lama rasanya aku tidak ke Kota Kinabalu, kebetulan ahad lepas aku berada di Benoni, Papar dan mama teringin sangat nak ke Gaya Street yang terletak di Kota Kinabalu sebelum balik ke Labuan, maka... aku, adikku dan babah ikutilah keinginan mama.
Setelah lebih kurang 40 minit dari Benoni, Papar, akhirnya kami sampailah di Gaya Street yang mana setiap hari ahad ramai pedagang berjualan di kawasan tersebut .
Dah sampai tu, kami pun ambil kesempatan untuk bergambar...
Gaya Street penuh sesak, nak jalan pun susah, ramai sangat pengunjung yang datang
Kawasan ini tidak jauh dari Gaya Street
Kami sempat juga singgah di KK Plaza, Watiqah suka sangat dengan patung kat belakang tu...
Rehat sekejap
Sewaktu menunggu bas 12.30 tengahari untuk pergi ke Menumbok
Dalam bas menuju Menumbok. Dari Menumbok kami menaiki feri Duta Muhibah menuju ke Labuan. Wathiqah tertidur keletihan. (Perjalanan lebih kurang 3 jam)
Lebih kurang sejam, kami pun sampailah di Labuan.