Ahad, 29 Julai 2012

Majlis Khataman Sempena Tadarus Quran Di Bulan Ramadhan

Setiap bulan ramadhan, majlis bertadarus akan diadakan dimana-mana masjid dan surau, begitu juga dengan Masjid Layang-Layangan Labuan.  Kumpulan pelajar mengaji di masjid tersebut telah mengadakan tadarus Quran waktu pagi bermula 1 ramahadan sama seperti tahun-tahun sebelum ini.

Lebih 40 Orang Pelajar Mengaji Menghadiri Majlis Khataman Sempena Tadarus Quran Di Bulan Ramadhan Di Masjid Layang-Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Jika tahun-tahun yang lalu, bertadarus ini akan berlangsung selama 10 hari dan hari ke 11 ramadhan akan diadakan khatman Quran, memandangkan ramai yang hadir, tadarus Quran tahun ini berlangsung hanya 8 hari dan hari ke 9 ramadahan telah diadakan Khataman Quran.

Senyum... dah selesai khataman sempena tadarus Quran.
Setelah majlis selesai, semua yang hadir bertukar-tukar hadiah, maklumlah bualan puasa, tiadalah jamuan makan minum dibuat.

Selesai dah...

Bergambar bersama guru mengaji Ustaz Aziz, terima kasih untuk beliau atas bimbingan selama ini.

Terima kasih kepada semua sahabat mengaji atas hadiah yang banyak ini...

Jumaat, 27 Julai 2012

Penemuan Mangsa Kebakaran Kapal Alpinia

LABUAN: Perkembangan terkini kejadian Kebakaran Kapal Alpinia di Labuan.  Mayat Mohamad Hanafi Khalil 24 tahun dan Zahari Hassim 46 tahun ditemui terapung sejauh 30 meter dari lokasi kejadian semalam.
Bilik Berita Rtm Labuan :27/O7/2012
ANGGOTA polis dan bomba membawa mayat mangsa tragedi kebakaran Kapal tangki minyak Bunga Alpinia ke bilik mayat Hospital Nuklus Labuan petang tadi. Dua daripada empat mangsa yang hilang berjaya di temui petang tadi. - Foto Edmund Samunting
 
*************************
LABUAN: Usaha akan terus dipergiat dalam mencari Muhammad Nazrin bin Khamsani, seorang lagi anak kapal Bunga Alpinia milik MISC yang masih hilang sejak kejadian itu pada Khamis lalu.
Sementara itu, mayat Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun ditemui terapung di kawasan perairan kampung Nagalang kira-kira 11.7 kilometer dari Jeti Petronas Methanol Labuan.
 
Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Labuan, Jainal Madasin berkata, mangsa ditemui oleh penduduk kampung berhampiran kira-kira pukul 09.04 minit pagi tadi.  Mangsa dibawa ke Hospital Labuan untuk dibedah siasat.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita RTM Labuan.

Bilik Berita Rtm Labuan :28/O7/2012


************************** 

LABUAN: Mangsa terakhir kebakaran Kapal Bunga Alpinia Dijumpai tengah hari tadi.

Mangsa terakhir, Muhammad Nazrin Khamsani telah dijumpai di atas kapal tersebut. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Encik Zainal Maasin berkata mangsa yang berumur 20 tahun dijumpai pada jam 01.42 tengah hari tadi (Isnin).
Menurutnya operasi mencari mangsa tersebut dilakukan setelah pihaknya melakukan operasi kerja – kerja menutup permukaan kapal dengan menggunakan buih. Encik Zainal berkata mangsa berjaya dikeluarkan di Jeti Polis Marin Labuan pada jam 3.10 petang.
Bercakap ketika dihubungi sebentar tadi beliau berkata, pihaknya masih lagi melakukan operasi mencari itu bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut serta Polis Marin, di sekitar perairan Labuan. Mangsa telah di bawa ke Hospital Labuan untuk bedah siasat.
Kapal Bunga Alpinia milik MISC terbakar pada jam 2.45 minit pagi Khamis lalu di Jeti Petronas Methanol Labuan. 19 anak kapal terselamat manakala 5 lagi terkorban daripada 24 anak kapal Bunga Alpinia dalam insiden itu.


Khamis, 26 Julai 2012

Kapal Bunga Alpinia Terbakar Di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan


LABUAN, pagi tadi, 26 Julai 2012, seorang maut, 3 cedera dan 4 hilang dalam kejadian kebakaran Kapal Bunga Alpinia di jeti terminal loji Petronas Methanol Labuan Sdn Bhd (PML).

Kapal milik Malaysia International Shipping Corporation (MISC) Berhad musnah dalam satu kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Seramai 32 anak kapal dilaporkan membawa muatan 12-ribu tan liquefied natural gas menuju ke Jepun. 
Kenyataan Ketua Penyelaras Misi Penyelamat, Leftenan Komander Nor Azmi Mohd Dahan berkata, kapal itu telah disasarkan sejauh 150 meter dari jeti PML dan usaha memadamkan api kebakaran sedang dilakukan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan, Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Labuan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Labuan.

Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan (JBPM) Labuan, Encik Zainal Madasin seramai 61 anggota bomba dan 6 jentera sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran berkenaan.Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.  Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM Labuan.
Bahan : RTM Labuan FM
Gambar oleh : Warga WELL
Wartawan lokasi : Asmah Asmuni

***********************

LABUAN: Seorang krew kapal Bunga Alpinia yang meletup ketika memindahkan minyak, Sharil Azmi Baharuddin, 28, disahkan maut apabila mayatnya ditemui dalam keadaan rentung, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Empat lagi mangsa, Muhammad Azrin Khansani, 20; Mohd Hanafi Kalil, 24; Zahari Hassim, 46; dan warga Filipina, Errol Calauan Colangay, 32, masih gagal ditemui. Kapal tersebut berada bersebelahan terminal Petronas Methanol Sdn Bhd apabila kejadian itu berlaku kira-kira 2.30 pagi.


Artikel ini disiarkan pada : 26/07/2012
 

Rabu, 25 Julai 2012

SMK Mutiara Labuan, Johan Pertandingan Teater KOMSAS

Tahniah SMK Mutiara Labuan kerana telah menjadi Johan Pertandingan Teater KOMSAS Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada 14 Julai 2012 yang lepas. Tempat kedua SM St. Anthony dan tepat ketiga SMK Pantai WP Labuan.


 Teater "Inflakasta" telah membawa kejayaan kepada pelajar SMK Mutiara Labuan.

 Barisan pelakon dan kru

 Tan Chiu Yen (Yen) Audio Terbaik (SMK Mutiara Labuan)

 Zulfiqar Pelakon Lelaki Terbaik (SMK Mutiara Labuan)

Inilah anak aku yang kedua Nurzafirah Nadirah (Kenanga Irwarna) Pengarah Terbaik, Pertandingan Teater KOMSAS Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan juga dari SMK Mutiara Labuan.

Selasa, 24 Julai 2012

WP Labuan, 2 Tanah Untuk DiJual

TANAH KG. BUKIT KALAM WP LABUAN 

Tanah untuk dijual,
Keluasan: 1.3 ekar
Tempat: Kg. Bukit Kalam, W.P Labuan


Harga RM880k

Sila hubungi: 
En. Abbas Mahmud
013-8652344 

Ahad, 22 Julai 2012

Majlis Khatam Quran Di Masjid Layang-Layangan WP Labuan

Majlis Khatam Quran ini telah berlangsung pada 16 Julai 2012 yang lepas, acara ini adalah acara tahunan bagi merayakan khatam Quran untuk peserta yang belajar mengaji di Masjid Layang-Layangan WP Labuan.
Selain daripada doa yang disampaikan oleh Ustaz Aziz (Guru Mengaji), taklimat kepada peserta juga turut disampaikan oleh Ustaz Tambrin, imam Masjid Layang-Layangan.


 Selepas majlis khatam Quran tamat, semua peserta menjamu selera bersama kuih muih yang dibawa sendiri (penuh 2 meja besar tau)

Gambar kenangan

Bergambar ramai

Sempat lagi bergambar bersama bekas tunang tersayang.... (Jangan marah)

Sabtu, 21 Julai 2012

Makan di Gerai Kg. Bukit Kalam

Salam ramadhan buat sahabat semua, moga ramadhan ini akan menambah keimanan kita semua.

Sabar-sabar, belum buka puasa lagi ni...






Jangan marah ya, time puasa ni pula keluar gambar makanan, huhuhu... mencabar keimanan betul, sebenarnya gambar ni diambil sebelum bulan puasa lagi, cuma lambat masuk blog, bzlah konon... Ini aku belanja dorang makan sempena dapat hadiah tempohari, tiada yang lebih mengembirakan selain berkongsi kejayaan bersama keluarga...


Cuma si Puteri saja yang tiada bersama, maklumlah jauh diperantauan, tapi jangan bimbang Puteri, hadiah saguhati Puteri sudah ayah bank in keakaun Puteri.  Buat Puteri, teruskan berkarya, moga Puteri akan sentiasa dalam pelindungan Allah dan moga kau sentiasa berjaya...aamiin.

Isnin, 9 Julai 2012

Ada Norgadis Di Utusan Borneo

 Bolehkah nama aku salah eja, biasalah... memang ramai orang yang salah faham bab namaku tu...

 Sekali sekala masuk surat khabar, bukannya selalu...

Berita penuh dalam akbar Utusan Borneo, 9 Julai 2012