Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...
Isnin, 26 November 2012
Sabtu, 24 November 2012
Pameran Kesihatan
Sempat pula aku sekeluarga jalan-jalan di pameran kesihatan yang diadakan di Dataran Labuan. Kadang-kadang perlu juga ambil tahu bab kesihatan ni...
Nak masukkan gambar-gambar semasa pameran dah tak dapat, katanya dah habis kouta untuk blog aku ni, kalau nak tambah kena bayar pula tu huhuhu... Siapalah yang nak menolong...
Guna Video pula...
Nak masukkan gambar-gambar semasa pameran dah tak dapat, katanya dah habis kouta untuk blog aku ni, kalau nak tambah kena bayar pula tu huhuhu... Siapalah yang nak menolong...
Ahad, 18 November 2012
Jalan-Jalan Di Kompleks Sukan Air Labuan
Anakku jalan-jalan digerai jualan
Wathiqah tengah tengok ikan hiasan untuk dijual
Cantiknya hasil lukisan
Sabtu, 17 November 2012
Kek Ulang Tahun Perkahwinan
Dayang Damit & Abbas
Hehehe... Dayang Damit adalah panggilan dari pakcik aku dan keluarganya
Aku dan suami tercinta bersama kek ulang tahun perkahwinan ke 21
(17 November 2012)
Kek comel dan sedap ini dihadiahkan oleh adik sepupu aku Nurwida Teo.
Terima kasih Bibi atas hadiah yang amat berharga dihati kakak dan abang. Moga Allah akan memberkatimu.
Kebetulan petang tadi ada kenduri di rumah pakcik aku.
Tak sangka pula aku mendapat kejutan dengan sebiji kek ulang tahun perkahwinan untuk kami.
Wathiqah dan sepupunya Balqis, Aqilah, Adam
Ulang Tahun Perkahwinan Norgadis Yang Ke-21
Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-21
Oleh: Norgadis Labuan
Ya Allah ya Karim
kami bersyukur kepadaMu ya Allah
Tuhan yang mencipta langit dan bumi
atas kenikmatan dan keberkatan yang kau pinjamkan kepada kami
sesungguhnya
diulang tahun perkahwinan kami yang ke 21 tahun ini
kupohon kepadaMu ya Allah
berkatilah ikatan kekeluargaan kami
satukanlah hati-hati kami
agar kami akan menjadi hamba yang taat dan bersyukur.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim
kurniakanlah kami kesihatan, kewarasan serta rezeki yang halal,
jadikanlah kami dan zuriat kami
sebagai pewaris keturunan yang beriman
untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Amin ...
Buat suami tercinta, terima kasih kerana sentiasa membuat aku bahagia sepanjang bersamamu. Moga ikatan ini akan terus berpanjangan.
Buat anak-anak yang menjadi kebanggaan ibu, terima kasih juga kepada kalian semua kerana sentiasa menghargai insan yang bergelar ibu ini.
Rabu, 14 November 2012
Selamat Menyambut Awal Muharram
Selamat Menyambut Awal Muharram kepada semua para sahabat
DOA AKHIR TAHUN (Lepas Solat Asar)
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.
DOA AWAL TAHUN (Lepas solat maghrib)
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.
Sabtu, 10 November 2012
Norgadis Menghadiri Mesyuarat AJK PERWILA Ke-9
Semenjak dilantik menjadi setiausaha PERWILA tahun lepas, aku merasa hari-hari kehidupanku penuh dengan kesibukan. Aktiviti menulis pisi yang dulunya selaluku lakukan, kini telah berkurangan, apatah lagi untuk menulis cerpen, huhuhu... asyik tak siap saja memanjang.
Ini antara AJK dan ahli yang rajin hadir mesyuarat. Kelihatan anak aku N Athirah hadir sama, kebetulan dia sedang cuti semesta sebulan, kalau tidak tentu sekali anak aku Zafirah yang sedang SPM sekarang tu yang menemankan.
Nampaknya aku terpaksa menyiapkan minit mesyuarat, borang bengkel, surat untuk peserta bengkel, borang DBK, flyer DBK, puisi untuk DBK dan banyak lagi kalau nak disennaraikan. Harap-harap boleh disiapkan sebelum bulan disember ini. Hujung tahun ni aku nak bercuti hehehe...
Khamis, 1 November 2012
Norgadis Di Majlis Anugerah Motivasi SMK Mutiara
Aku dijemput menghadiri Majlis Anugerah Motivasi SMK Mutiara Labuan 2012
ini bersama si kecilku Wathiqah, maklumlah kebetulan waktu itu abang
berada di Kota Kinabalu dan si Puteri pula kerja sambilan menghabisi
waktu cuti semestanya.
Kelihatan ramai sungguh ibu bapa yan hadir memeriahkan majlis ini.
Anak-anakku menerima Anugerah Ponteng Sifar, Nuratikah Nazurah bagi tingkatan 3 dan Nurzafirah Nadirah bagi tingkatan 5
Anakku Nurzafirah Nadirah dan anak saudaraku Raziman menerima sijil tamat sekolah bersama para pelajar tingkatan 5 SMK Mutiara yang lain.
Persembahan silat yang memukau, kalau bab persembahan silat ni, teringat masa muda-muda dulu, sekarang anak-anak pula yang menyertai persatuan silat.
Nasyid dari pelajar SMK Mutiara
Tahniah kepada 2 pelajar SMK Mutiara ini yang telah berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga dalam peraduan lagu-lagu asli peringkat WP Labuan.
Anakku Nuratikah (tudung biru ting 3) dan Nurzafirah (tudung putih ting 5)
Sempat bergambar dengan guru sekolah SMK Mutiara Puan Amiah yang merupakan kawan sekolah aku dulu...
Anak-anakku menerima Anugerah Ponteng Sifar, Nuratikah Nazurah bagi tingkatan 3 dan Nurzafirah Nadirah bagi tingkatan 5
Anakku Nurzafirah Nadirah dan anak saudaraku Raziman menerima sijil tamat sekolah bersama para pelajar tingkatan 5 SMK Mutiara yang lain.
Persembahan silat yang memukau, kalau bab persembahan silat ni, teringat masa muda-muda dulu, sekarang anak-anak pula yang menyertai persatuan silat.
Nasyid dari pelajar SMK Mutiara
Tahniah kepada 2 pelajar SMK Mutiara ini yang telah berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga dalam peraduan lagu-lagu asli peringkat WP Labuan.
Anakku Nuratikah (tudung biru ting 3) dan Nurzafirah (tudung putih ting 5)
Sempat bergambar dengan guru sekolah SMK Mutiara Puan Amiah yang merupakan kawan sekolah aku dulu...
*Foto oleh Norgadis dan Mr Kamil
Langgan:
Catatan (Atom)