Ahad, 31 Mac 2013

Selamat Hari lahir Atikah Yang Ke 16 Tahun

Selamat hari lahir Atikah, moga menjadi insan yang beriman, berilmu dan beramal serta moga diperkenan segala doa-doa yang baik, diberkati dan dirahmati Allah selalu. Aamiin...


Sabtu, 23 Mac 2013

Majlis Anugerah Avon GC Dan SL 2013 Di Aifa Hotel

Aku menerima Anugerah Avon Golden Circle Unit Executive di Aifa Hotel 23 Mac 2013.  Syukur... rezeki namanya tu hehehe...

Selain daripada anugerah GC, petang tu aku dapat hadiah Best Dress juga, tema Black and Gold.  

Buat Nurbaizura, tahniah kepadanya kerana telah memenang hadiah kereta dari avon dan juga memenangi pakej umrah.  Kepada semua rakan avon yang lain, aku juga ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan kalian.  Avon pasti boleh!

Ahad, 17 Mac 2013

Pertandingan Karaoke Dan Pakaian Beragam Anjuran PIBG Sk Bukit Kalam 2013

Sampai tertidur Wathiqah malam tu hehehe...

Pertandingan Karaoke dan Pakaian Beragam  ini adalah merupakan program pertama bagi tahun ini anjuran PIBG Sk Bukit Kalam.  Pertandingan ini diketagorikan kepada tiga bahagian iaitu pelajar, ibubapa dan guru.

Pertandingan Karaoke

Pakaian Beragam

Acara sungguh meriah, tahniah kepada yang menang.  In Shaa Allah... PIBG SK Bukit Kalam akan mengadakan program lain dimasa akan datang untuk menarik minat ibubapa agar terus mencintai sekolah.

Ahad, 10 Mac 2013

Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Kalam WP Labuan


Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Kalam berlangsung di Dewan Mini SK Bukit Kalam.  Mesyuarat dimulakan dengan talikmat Sarana Sekolah Learn English With Family oleh Miss Cathy Lyne.  Sayang sekali, aku lupa mengambil gambar semasa taklimat tersebut.  Taklimat seterusnya Sarana Ibubapa oleh Guru Besar sendiri Puan Zabidah Binti Karamin (Harap aku betul sebab dalam aturcara tiada pula tertulis nama Guru Besar untuk taklimat tersebut huhuhu).

Mesyuarat berlangsung dengan lancar walaupun ada sedikit masalah teknikal.  Rata-rata yang menghadiri mesyuarat adalah ibu-ibu yang penyayangkan anaknya, mungkin bapa-bapa ada yang bekerja atau takut dilantik menjadi AJK PIBG.

Rasa sudah lama aku tidak menghadiri acara seperti ini di SK Bukit Kalam kerana 3 orang anak aku sudah habis belajar di sekolah rendah dan menengah dan anak keempat yang baru masuk tahun satu  ini memanggil aku semula menghadiri acara SK Bukit Kalam sebagai sokongan untuk mereka.

Jeng! Jeng! Jeng!
Aku tiba-tiba dilantik menjadi AJK PIBG waktu itu.  Walaupun aku tidak mempunyai kemahiran apa-apa, pelajaran pun setakat sekolah menengah tapi aku akan cuba membantu mana yang termampu demi untuk anak-anak kita di SK Bukit Kalam.  Hidup SK Bukit Kalam (terlebihlah pula hehehe...)

Jumaat, 1 Mac 2013

Pertama Kali Makan Rumpai Laut


Ramai orang bercerita tentang rumpai laut dan khasiatnya.  Tiba-tiba adik ipar aku CT Zainun berkunjung ke rumah dan membawakan aku dua jenis rumpai laut. Terima kasih CT.  Kata CT sedap dimakan bersama sambal belacan atau diperahi limau bersama lada dan garam.

Inilah kali pertama aku cuma makn rumpai laut.  Aku cuba makan yang hijau tu bercecah sambal belacan, huhuhu... tak termakan aku.  Aku cuba pula makan dengan perahan limau kasturi bersama lada dan garam, emm... bolehlah juga aku makan kali ini.

Rumpai laut yang seperti akar tu aku rebus sehingga cair lepas tu aku campur dengan minuman.  Nampaknya  cara itu lebih aku suka, kalau campur dengan minuman, kuranglah bau dan rasanya yang tidak menyenangkan bagi aku tu.  Kepada yang suka makan rumpai laut beruntunglah kalian kerana rumpai laut tu mempunyai banyak khasiatnya termasuklah untuk kecantikan dan kesihatan.