Ahad, 30 Jun 2013

Norgadis Bersama Program DBK Ke XI 2013

DBK Ke-11 2013 dirasmikan oleh YB Senator Datuk Hj Yunus Hj Kurus, Ahli Dewan Negara.  Inilah program antarabangsa yang pertama kalinya aku menjadi setiausaha program.  Tugas ini teramatlah berat bagi aku, memandangkan aku tiada pengalaman dalam program sebesar ini. 
 Dua buah buku dilancarkan semasa DBK Ke XI 2013 (Dialog Borneo-Kalimantan) Buku Antologi Puisi "Kepada Sahabat" terbitan DBP Sabah (aku turut menjadi penyelenggara) dan buku Antologi Puisi "Sepulau Sekasih Kita Edisi ke-2"  terbitan PERWILA (boleh dikatakan 80% aku yang menyiapkannya termasuk mengedit, membuat reka hias kulit buku, menaip dan membuat saiz buku seperti yg dikehendaki).

Urus setia yang banyak membantu.  Terima kasih sahabat...

 Mengendalikan PA Sistem semasa pembentangan sesi pertama

YB Encik Rozman Datuk Hj Isli, merasmikan majlis penutupan sekaligus mencatat Kuching, Sarawak sebagai Tuan Rumah DBK ke-12

 Lebih kurang 150 peserta menghadiri program DBK Ke-11

Peserta yang turut hadir adalah dari WP Labuan, Sabah, Sarawak, Semenanjung, Negara Brunei Darussalam dan Indonesia

Sesi lawatan ke sekitar WP Labuan

Program berlangsung pada 27-29 Jun 2013 di UMS KAL WP Labuan.

8 ulasan:

Brahim Tengah berkata...

tahniah kerana telah mengendalikan DBK dengan baik dan berjaya

Norgadis Labuan berkata...

@Brahim Tengah
Terima kasih juga Tuan Hj

Azridah Ps Abadi berkata...

PERWILA boleh!

Norgadis Labuan berkata...

@Azridah Ps Abadi
Yes Yes Yes hehehe... Tq

Haji Jawawi Hjr berkata...

Begitulah sumbangan ikhlas kita dalam NGO, siapakah yang faham dan mengerti? Kecuali Allah.Yang Maha Mengetahui. Tahniah segala usaha biskita.

Norgadis Labuan berkata...

@Haji Jawawi Hjr
Terima kasih Tuan Haji Jawawi Hjr kerana memahaminya, kami hanya melakukan apa yg termampu, selebihnya kami serahkan kpd Allah swt.

Ain Sofiya berkata...

Tahniah buat kekanda Norgadis Labuan dan krew Perwila.

Norgadis Labuan berkata...

@Ain Sofiya
Terima kasih Ain.