Khamis, 31 Disember 2015
Mawar Merah Sudah Terbit
Alhamdulillah, berkat izin Allah akhirnya buku kumpulan puisi pertama saya MAWAR MERAH telah siap dicetak pada penghijung disember 2015. Buku ini hanya berharga RM25 termasuk wang pos untuk seluruh Malaysia. Setiap buku yang dibeli, RM1 akan disumbangkan kepada Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA)
Kepada yang berminat memilikinya, bolehlah inbox FB saya atau WhatsApp di 013-8511234.
Selasa, 17 November 2015
WP Labuan, Tanah Untuk DiJual
Tanah untuk dijual,
Keluasan: 1.3 ekar
Tempat: Kg. Bukit Kalam, W.P Labuan
Harga RM880K
Keluasan: 1.3 ekar
Tempat: Kg. Bukit Kalam, W.P Labuan
Harga RM880K
Sila hubungi:
En. Abbas Mahmud
013-8652344
Khamis, 24 September 2015
Selamat Hari Lahir Suami Tersayang
Selamat Hari Lahir buat kanda tersayang, moga diberi kesihatan yang
baik, murah rezeki, tercapai cita2, ditinggikan darjat, rahmat dan
diberkati Allah selalu aamiin.
Sabtu, 22 Ogos 2015
Tiga Anugerah Dari PERWILA
Syukur kepada Allah, setelah 28 tahun menjadi ahli Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan PERWILA, sempena Program Semarak 30 Tahun PERWILA, aku telah menerima 3 anugerah dari PERWILA.
Anugerah Pengerak Bahasa Dan Sastera Budaya PERWILA 2015
Anugerah Penulis PERWILA 2015 (Kategori Buku Antologi)
Anugerah Khas Penulis Antarabagsa PERWILA 2015
Rabu, 24 Jun 2015
Selamat Hari Lahir Wathiqah
Ahad, 26 April 2015
Norgadis di Bengkel Pemantapan Organisasi PERWILA
Penceramah Bengkel Maharatu Rafidah Mohamad
Sijili disampaikan oleh Ketua Satu PERWILA Hj. Othman Mahali
Antara AJK PERWILA yang turut hadir berbengkel
Rabu, 22 April 2015
Taman Fikir Aku Bukan Siapa-Siapa
Ahad, 5 April 2015
Pertama Kali Di Kelas Makeup
Aku menghadiri kelas makeup buat pertama kali dalam hidupku
Seronok rasanya belajar dengan suasana santai. Tenaga pengajar Puan Yon dan Puan Aisyah dari Kota Kinabalu. (Maaf, gambar tenaga pengajar tidak dpt dikongsikan)
Hasilnya jeng jeng jeng...
Dari kanan, Kak Siti Noraini, Fina, Norgadis dan adikku Mariati
Best... Nanti nak belajar lagi...
Jumaat, 3 April 2015
Ulang Tahun Norgadis Ke 44 Tahun
Sempena ulang tahunku yang ke 44 tahun ini, aku ingin ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Allah, Tuhan yang satu kerana memberi kesempatan untukku menyedut dan menghembus nafas serta menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta dan semua saudara mara juga sahabat yang mengenali diriku atau hanya sekadar mengenal namaku saja.
Terima kasih buat suami tercinta yag tak pernah lupa memberikan hadiah setiap hari kelahiranku tiba. Terima kasih kerana menjadi suami, guru, sahabat, kekasih, bekas tunang, yang memberi nasihat dan semangat untuk terus menjalani kehidupan yang semakin mencabar.
Terima kasih juga buat anak-anak ibu yang setiasa ingat akan birthday ibu, dan terima kasih hadiah-hadiah dari kalian, ibu sayang kamu semua dan moga kamu jadi anak soleha, berilmu, beramal, beriman dan selamat bahagia dunia akhirat.
Terima kasih juga buat semua adik beradik, saudara mara atas ucapan doa dan hadiah, moga kita semua mempunyai keluarga bahagia dunia dan akhirat.
Buat semua sahabat, terima kasih atas doa dan ucapan dari kalian, moga kita semua dipanjangkan umur dalam keimanan, dimurahkan rezeki yang halal, diberi kesihatan yang baik, mendapat berkat dan rahmat dari Allah, bahagia hidup di dunia dan juga bahagia di akhirat Aamiin. Andainya ada pernah menguris hati, mohon maafkan seikhlasnya.
KAD UCAP ULANG TAHUN DARI SAHABAT
KAD UCAP ULANG TAHUN DARI SAHABAT
Selasa, 31 Mac 2015
Selamat Hari Lahir Atikah Ke 18 Tahun
Happy birthday anak ibu Nurcahaya Atikah, moga jadi anak soleha, berilmu dan beramal, tercapai segala cita2, dilimpahkan rahmat serta keberkatan, selamat dunia dan akhirat aamiin.
Sambut bairthday dengan teman kolej, janji kek ada...
Sabtu, 21 Mac 2015
Seketika di Mesyuarat Agung GAPENA
Gembira rasanya dapat berjumpa anak, N Athirah yang tinggal di KL. Kami sama2 menghadiri Mesyuarat Agung GAPENA ke-44 wakil Persatuan Penulis WP Labuan (PERWILA).
Pertama kali mengahadiri Mesyuarat Agung GAPENA, terpaksa pula berucap mewakili PERWILA.
Bersama Kak Fatimah AJK PERWILA
Jumaat, 20 Mac 2015
Di Hotel Midah KL
Aku, anakku N Athirah dan Kak Fatimah
Dari Kanan, Kak Fatimah, Datuk Wira (Ketua Satu GAPENA), aku, N Athirah dan Khairul Aiman
Sempat bergambar dengan Kak Norazimah, insan yang banyak membantu di Rumah GAPENA
Mesyuarat Ketua-Ketua Satu Persatuan dalam GAPENA
Khamis, 19 Februari 2015
Selamat Tahun Baharu Cina
Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua keluarga dan rakan2 di WP Labuan, Sabah, Semenanjung dan Brunei DS. Moga kita diberi kesihatan yg baik, kebahagiaan dan kekayaan dan buat arwah mama Teo Kim Lian dan arwah nenek Teo Kim Chin, moga kalian tenang di sana.
Buat kek sempena CNY, aktiviti tahunan, tak dapat buat banyak kali ini, oven pula meragam.
Langgan:
Catatan (Atom)