Jumaat, 17 November 2017
Ulang Tahun Perkahwinan Ke 26
Salam jumaat. Syukur kepada Allah kerana masih memberi kesempatan untukku bernafas dan masih meminjamkan kanda Abbas Mahmud utk mengikat sebuah kasih yang terjalin hingga mencapai ke 26 tahun hari ini 17 November 2017. Moga ikatan kasih ini diberkat Allah dan tetap kukuh hingga ke syurga Firdaus aamiin.
Rabu, 15 November 2017
Antologi KATIL 21, Buku Antologiku ke 43
Salam buat semua sahabat blogger. Lama rasanya tak berkunjung ke blog ini, kadang terasa rindu juga dengan sahabat-sahabat blogger, saling menjalani kasih sayang dengan cara tersendiri, namun masa dan tugasan sentiasa mencemburuku. Maafkan aku sahabat, bukannya melupai kalian. InsyaAllah kalau ada masa aku pasti ada di sini.
Buat tatapan para sahabat, ini adalah buku antologiku yang ke 43
Selasa, 16 Mei 2017
Sabtu, 13 Mei 2017
Menghadiri Mesyuarat Agung GAPENA Ke-46
Aku (Ben), anakku Nurzafirah Nadirah (Ahli PERWILA), cikgu Hj Othman Mahali (K1), Mohd Syaifudin Duakim (P/SU), pacik Hj Suili (AJK) dan Kak Rokian (Juru Audit) selaku wakil PERWILA menghadiri Mesyuarat Agung GAPENA Ke-46 yang diadakan di Hotel Midah, Kuala Lumpur.
Santai-santai saja, jangan stress...
Sabtu, 22 April 2017
Hadiah Sastera PERWILA 2014/2015
Syukur Alhamdulillah....
Buku Kumpulan Puisi saya 'MAWAR MERAH mendapat hadiah penghargaan. Manakala Cerpen yang berjudul 'ADIK TAK SEMPAT' mendapat hadiah ketiga dan puisi yang berjudul 'HARAPAN' juga mendapat hadiah ketiga.
Terima kasih kepada PERWILA dan semua hakim penilai. Tahniah juga kepada sahabat saya Maharatu Rafidah Mohamad, Gabriel Kimjuan, Sani La Bise, Aizamin Abd Aziz, Hjh Hasnah Sambas dan Hj Suili Bakar. Hadiah disampaikan pada 22 April 2017
Sabtu, 8 April 2017
Norgadis Labuan dan Muhammad Hafiz Syakirin
Rehat kejap di Nilai bersama Muhammad Hafiz Syakirin
Bersama cucu nenda #MuhammadHafizSyakirin di Terminal 2, Seremban NS.
Jumaat, 7 April 2017
Cantiknya Shawl Eyelash
Hari terakhir di Beads N Borders utk minggu ini. Sempat bergambar dgn Shawl Eyelash terbaharu yg cantik
Beads N Borders di Setapac Point, Kuala Lumpur ada jual Shawl Eyelash ni
Isnin, 3 April 2017
Langgan:
Catatan (Atom)